Friday, August 27, 2010
~petua-petua~
Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, August 23, 2010 at 1:28am
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
~wishing the happy ending~
~Hajat pada tahun 2010~
- sah menjadi isteri kepada muhamad rizal hasri pada 17 september 2010
- dapat menunaikan haji dan umrah bersama abah jika ada rezeki..(masih calon 'standby')
p/s: semoga kedua2 hajat ku ini diberkati Allah swt...amin...
Saturday, August 14, 2010
~Muhasabah Diri~
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA..
• LELAKI : Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya, Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh, BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya,terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
• WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
• Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
• ISTERINYA,
• IBUNYA,
• ANAK PEREMPUANNYA,
• SAUDARA PEREMPUANNYA.
• Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
• SUAMINYA,
• AYAHNYA,
• ANAK LELAKINYA,
• SAUDARA LELAKINYA.
• Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
• SEMBAHYANG 5 WAKTU,
• PUASA DI BULAN RAMADHAN,
• TAAT PADA SUAMINYA,
• MENJAGA KEHORMATANNYA.
• Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
• Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
• tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Wednesday, August 11, 2010
~counting days~
Cetusan Hati Isteri dan Suami
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..