Sunday, December 26, 2010

Haji & Umrah 2010 + anak saudara baru



12-12-2010:muhammad aryan haziq selamat dilahirkan...makngah n pakngah doakan aryan akan menjadi anak yang soleh key..kamu sangat comel...:)rindu nk jumpa aryan..:(





Diantara kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila...harap dapat kunjungi baitullah lagi dlm masa 3 tahun akan datang,InsyaAllah...

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Saturday, October 23, 2010

nikah + kenduri kawin + haji








17 september 2010 diriku telah sah menjadi isteri kepada muhamad rizal hasri...perkenalan selama 8 tahun akhirnya dgn pelbagai dugaan kenangan pahit manis membawa kami berdua ke jinjang pelamin..asalnya kami hanya teman study di puo,bak kata suamiku teman tapi mesra tp sebenarnya malu tapi mahu...alhamdulillah permintaan yang pertama dah dimakbulkan..

18 september 2010 majlis menyambut menantu diadakan di rumah pusaka ayahku "seri azizah"...syukur majlis berjalan lancar dan penuh keberkatan...semoga ianya akan kekal sebagai memori terindah dalam hidup kami..btw,gabungan hijau+pink tu nmpk begitu menarik skali..thanks yang tak terhingga pada akma seri andaman untuk mekap nikah,hiasan bilik tido dan pelamin yg gorgeous dan kak fisya dari takteh bridal jurumekap aku utk hari bersanding...thanks all..

30 oktober 2010 berangkat ke tanah suci mekah bersama abah selama 44 hari dijangka 13 disember sampai di KLIA..merupakan permintaan kedua pada tahun ini.moga mendapat haji mabrur dan menjadi hamba allah yg lebih baik dari sebelum ini...aku ini hambamu yang lemah selalu lalai dan alpa,ya allah kau berikanlah petunjukmu permudahkanlah urusanku...amin....

Friday, August 27, 2010

~petua-petua~


Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, August 23, 2010 at 1:28am

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

~wishing the happy ending~










Gambar pre wedding dh siap..cantik dan excited sangat bila tengok....thanks to my wedding planner akma seri andaman kerana merealisasikan impian..tak sabar tunggu 18 september ni untuk berkongsi kegembiraan bersama2 suami,family dan rakan2..doakan kami behagia hingga ke syurga n hidup sentiasa diberkati Allah swt...

~Hajat pada tahun 2010~

  1. sah menjadi isteri kepada muhamad rizal hasri pada 17 september 2010
  2. dapat menunaikan haji dan umrah bersama abah jika ada rezeki..(masih calon 'standby')

p/s: semoga kedua2 hajat ku ini diberkati Allah swt...amin...

Saturday, August 14, 2010

~Muhasabah Diri~


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA..

• LELAKI : Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya, Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh, BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya,terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

• WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

• Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
• ISTERINYA,
• IBUNYA,
• ANAK PEREMPUANNYA,
• SAUDARA PEREMPUANNYA.

• Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
• SUAMINYA,
• AYAHNYA,
• ANAK LELAKINYA,
• SAUDARA LELAKINYA.

• Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
• SEMBAHYANG 5 WAKTU,
• PUASA DI BULAN RAMADHAN,
• TAAT PADA SUAMINYA,
• MENJAGA KEHORMATANNYA.



• Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
• Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
• tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, August 11, 2010

~counting days~

"Semoga tanggal 17 september 2010 nanti menjadi satu kenangan yang amat bermakna dalam hidupku..Bahagia bersama insan yang paling aku cintai...Moga Allah swt merahmati kehidupan kami dunia dan akhirat,Insyaallah"

Cetusan Hati Isteri dan Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Wednesday, July 28, 2010

~24 september 2010~



Tanggal 24 september 2009,aku telah selamat ditunangkan dgn Muhamad Rizal..sebenarnya xsangka akhirnya kami bersama jugak...alkisahnya,semasa belajar di PUO kami sekadar teman tapi mesra gitu; study sama2 n group assignment pun sama2...kira genap 7 thn kami berdua kenal dan berkawan,kini dh menuju ke satu fasa dalam kehidupan( dah masuk 10 bln 4 hari dah hari ni) |^_^|

p/s: Abang,thanks coz makes my dream come true....Moga panjang jodoh kita,Insyaallah...


Tuesday, July 27, 2010

~baru belajar~


Salam..baru belajar nak berjinak-jinak tulis blog ni...ni pun sbb my besfren puan fyna suggest suruh buat..hopefully nnti akan ada idea yang dapat kita share bersama...