Friday, July 22, 2011

kelebihan susu ibu

~ Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-BaQarah ayat 233:
Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
-Imam As-Syafie berkata:
Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan.

-Kelebihan menyusukan anak :Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

p/s:Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.~

Sunday, June 26, 2011

Petua berumahtangga:ustaz azhar idrus

~ TIPS DALAM MENGHARUNGI BAHTERA RUMAHTANGGA ~

...1.KETIKA MENCARI CALON,janganlah mencari isteri/suami,carilah ibu/ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR,anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH,anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN,catat dan hitung tamu yang datang mendoakan anda,karena anda harus berfikir untuk meminta maaf apabila anda BERCERAI,karena anda telah menyia-nyiakan doa mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA,bersyukur dan bersabarlah,karena anda sepasang anak manusia bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERSAMA,sadarilah jalan yg akan di lalui tidak bertabur bunga,tapi juga semak belukar yg penuh onak dan duri.

7.KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYAH,jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya jurtru semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMIKI ANAK,cintailah isteri/suami anda 100%.

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK,jangan bagi cinta anda kepada isteri/suami dan anak anda,namun cintailah mereka masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MENURUN,yakinlah bahwa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dgn tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG,jangan lupa akan jasa pasangan hidup yg setia mendampingi anda semasa menderita.

12.JIKA ANDA SEORANG SUAMI,boleh bermanja-manja kepada isteri,tapi jangan lupa untuk bangkit bertanggung jawab bila isteri memerlukan pertolongan anda.

13.JIKA ANDA SEORANG ISTERI,tetaplah berjalan dgn gemulai dan lemah lembut,tetapi tetap berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK,jangan pernah berfikir orang tua yg baik tidak pernah marah kepada anak,karena orang tua yg baik adalah yg jujur kepada anak.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH,yakinlah tidak ada seorang anakpun yg tidak mau bekerjasama dgn orang tuanya,yg ada hanyalah anak yg merasa tidak di dengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS,gunakan ketakwaan,kasih sayang,kesetiaan,komunikasi dialogis,keterbukaan,kejujuran,kesabaran.

Asas dari semua perkara adalah keikhlasan dan mardhotilah.

Friday, May 27, 2011

Renungan

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.” Malah dalam satu hadis yang lain ada menyebut, “Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Thursday, May 26, 2011

Amalan-amalan

Amalan supaya anak tidak degil

Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Monday, May 16, 2011

baby sayang

baby,nanti kita buat katil cantik2 macam ni ye...mama tgh pujuk ayah beli katil ni kt one baby world...tp ada satu kedai yang mama blm sempat survey kat taiping..nanti mama gi tengok ye sayang.....we love you....xsabar dah tunggu next september...baby jadi anak yang baik n solehah tau..jangan bagi mama n ayah susah hati....

Wednesday, May 11, 2011

Terubat rindu mama


Sejak dapat rasa ada 'sesuatu' dalam perut makin rasa excited nk tengok dia selalu...lebih2 lagi slalu gerak2 time kita duk sorang-sorang time hubby keja....nak tunggu gov scan lmbatla,so ajak hubby gi scan 3d kat columbia...sebelum tu dalam kereta dh cakap2 dengan baby suruh bangun n gerak aktif2 sebab mama rindu nak tgk dia,nak tau sex n slalu tgk 2d statik je...dapat tgk baby angkat tgn,silang tgn n kaki dan paling penting dah tau jantina,so dh boleh shopping betul2 untuk baby......Dr khairul adalah 2nd Dr yg ckp anak kami maybe 90% gegurl....x kisahlah,janji sihat sempurna n mudah melahirkan nnti....walaupun lagi 4 bln,dah rasa gementarnya....yang lawaknya DR ckp ikut muka sapa xtaula sebab tengok mak dgn ayah dia seiras je...:) layan gambar'baby mia'(bak kata ayah) masa 22minggu...

Thursday, January 13, 2011

mommy to be

Syukur alhamdulillah,13hbjanuari 2011 saya disahkan positif hamil 4minggu.......saya suspect maybe hamil in 1-2 weeks ..) sebab period baru lewat 1week...happy sangat kerana kebetulan baru sebulan juga tinggal sebumbung dengan suami selepas nikah....berpegang kepada "haji itu pengorbanan" sebelum ni,saya dan suami dapat merasa betapa indahnya hikmah yg kami dapat daripada pengorbanan tersebut....abang,pengorbanan kita berjauhan selama 45hari Allah balas dengan hadiah yang paling bermakna.....semoga kehidupan kami akan sentiasa diberkati n dirahmati Allah swt....Allahuakbar...Subhanallah....

p/s: yang penting naik pelamin bertiga la 5hb2 ni....:)