Friday, May 27, 2011

Renungan

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.” Malah dalam satu hadis yang lain ada menyebut, “Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Thursday, May 26, 2011

Amalan-amalan

Amalan supaya anak tidak degil

Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Monday, May 16, 2011

baby sayang

baby,nanti kita buat katil cantik2 macam ni ye...mama tgh pujuk ayah beli katil ni kt one baby world...tp ada satu kedai yang mama blm sempat survey kat taiping..nanti mama gi tengok ye sayang.....we love you....xsabar dah tunggu next september...baby jadi anak yang baik n solehah tau..jangan bagi mama n ayah susah hati....

Wednesday, May 11, 2011

Terubat rindu mama


Sejak dapat rasa ada 'sesuatu' dalam perut makin rasa excited nk tengok dia selalu...lebih2 lagi slalu gerak2 time kita duk sorang-sorang time hubby keja....nak tunggu gov scan lmbatla,so ajak hubby gi scan 3d kat columbia...sebelum tu dalam kereta dh cakap2 dengan baby suruh bangun n gerak aktif2 sebab mama rindu nak tgk dia,nak tau sex n slalu tgk 2d statik je...dapat tgk baby angkat tgn,silang tgn n kaki dan paling penting dah tau jantina,so dh boleh shopping betul2 untuk baby......Dr khairul adalah 2nd Dr yg ckp anak kami maybe 90% gegurl....x kisahlah,janji sihat sempurna n mudah melahirkan nnti....walaupun lagi 4 bln,dah rasa gementarnya....yang lawaknya DR ckp ikut muka sapa xtaula sebab tengok mak dgn ayah dia seiras je...:) layan gambar'baby mia'(bak kata ayah) masa 22minggu...