Monday, January 9, 2012

10012012

Lamanya tidak mem'update' blog ni....hari ni tetiba rajin sbb nak tgk perubahan damia setelah 4bulan melihat dunia..di bawah ni mama upload antara gambar-gambar bermula selepas lahir sampaila ke usia 4bulan..okey,check up n cucuk sampai 3bulan setakat ni damia kuat dan x demam...tp seminggu sebelum usia 4 bulan elokla pulak demam + selsema=nak pandai meniarap rupanya...clever girl,3bulan setengah dah pandai meniarap..

damia sejam selepas dilahirkan...berat 2.56kg,panjang 47cm secara normal di hospital taiping.

cerita di sebalik kelahiran damia,mama turun tanda "kembar darah " petang jumaat,selepas je solat jumaat,ayah hantar ke hospital parit buntar untuk cek bukaan n warded la apa lg...mlm tu dlm pkl 12 tgh malam sebelum tido,mama baca yasin,minum air selusuh n sapu ke perut supaya cepat bersalin...tepat pukul 4 pagi mama dan kawan-kawan yg ada kat dlm wad semua terjaga dari tido sbb dgr dari bilik bersalin ada ibu yg menjerit sakit nk bersalin,,lansung xjadi tido...tiba-tiba rasa contraction selang20 mnt dan cek bukaan baru 1cm..masa ni dok asyik rasa nk kencing je,asyik berulang2 ke bilik air...dlm pkl 6 pg contraction makin kerap,asyik rasa nk buang air besar je..mama gi bilik air mandi sbb ada baca kat blog mandi boleh percepatkan proses bersalin...sakit contraction makin kerap tp bertahan xmau gi cek bukaan sbb rasa xselesa, sampai la kwn katil sebelah tegur suruh pegi jgk takut baby dh nk keluar sbb sakit memulas-mulas sgt tu tanda baby dah nak turun...huhu...3cm sudah dan sampai waktu melawat ayah datang nk hantar makanan mama dah xtahan nak bersalin sbb dah 30mnt dlm labour room belum boleh bersalin...oleh sebab hosp PB xada pakar,mama dihantar ke hospital taiping menaiki ambulan...huhuhu..damia memang nak keluar kat taiping kan?15minit je terus beranak...alhamdulillah...comelnya anak mama,mama tegur masa dia menangis sbb kakak misi nak bersihkan dia terus senyap..sayang dah kenal suara mama ye walaupun baru setengah jam keluar dari rahim mama...damia kena tahan wad baby sehari disebabkan jantung kencang (terkejut kot naik ambulan mcm naik bot laju) hhehehe...tp nasib baik sepanjang pantang jaundis tiada.....(bawah 6)..terima kasih buat suami tercinta aka ayah damia sebab bercuti selama sebulan untuk menjaga mama dan damia...we love u ayah...ayahla siapkan damia,mandikan damia,semualah ayah buat termasukla masak untuk mama....:)

damia di usia dua minggu


damia sebulan


damia 2 bulan (waktu raya haji)



damia 3 bulan

damia 4 bulan

damia ni suka tgk org ramai-ramai n nk berkawan...bila dgn mama je bykla karenah dia..ada tokwan,acik n acu datang elok je dia...sanggup tahan tido nak tgk org , nak org main-main dan sembang dengan dia....benda paling dia suka nyanyikan lagu barney ke,abc ke,sambil senyum2 n gelak2 dia...yang bagusnya malam dlm pukul 10-11mlm akan tido then bangun untuk menyusu dalam pkl 2pg dan 6pg..lepas tu pkl 8-.30 akan bangun sebab nak mandi...sangatla suka mandi...

okeyla...nanti sambung cerita lagi...