Thursday, August 2, 2012

Minyak herba tradisional Morhabshi

Minyak Morhabshi adalah minyak serbaguna. Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur, dan lain-lain berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal, sakit gigi, cirit birit dan lain-lain. (Ramuan lengkapnya turut dimuatkan dalam kitab 'Attabib Walhikmah'). Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya). Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan. TIADA DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA. Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Morhabshi: histeria dirasuk syaitan sihir (buatan orang) santau bayi 'diganggu' bayi 'kembung' sawan tangis pusat bayi (agar mudah tanggal) batuk lelah/asma sakit gigi senak cirit birit kanser (lihat testimoni kami berkenaan pesakit barah hati) kayap kurap gatal-gatal/penyakit kulit (eczema) (termasuk celah jari kaki & pangkal paha) jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka) kudis bisul melecur terkena api atau air/minyak panas gigitan serangga & binatang bisa lenguh terseliuh simpul biawak (krem) sakit kepala mabuk-mabuk & meloya muntah Cara penggunaan: Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 2-3 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum. Minyak Morhabshi tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam MinyakMorhabshi dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. Saya telah mencubanya 3 tahun lalu dan hingga sekarang tidak pernah mengalami sakit itu lagi. Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda. Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah. Untuk makluman, sebaik tiba di sekolah pagi tadi, seorang ustazah menemui saya untuk mendapatkan Minyak Morhabshi lagi. Menurut beliau, bayinya terhindar dari kembung sejak menggunakan Minyak Morhabshi. Oleh itu beliau telah mengesyorkan pada adiknya yang juga baru bersalin. rujukan testimoni pengguna: http://www.morhabshi.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2&Itemid=10

Sunday, April 1, 2012

~ doa agar diberikan kehamilan dan keturunan ~

Adapun doa-doa yang bisa dibaca bagi seorang muslim agar diberikan kehamilan dan keturunan, diantaranya : Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Monday, January 9, 2012

10012012

Lamanya tidak mem'update' blog ni....hari ni tetiba rajin sbb nak tgk perubahan damia setelah 4bulan melihat dunia..di bawah ni mama upload antara gambar-gambar bermula selepas lahir sampaila ke usia 4bulan..okey,check up n cucuk sampai 3bulan setakat ni damia kuat dan x demam...tp seminggu sebelum usia 4 bulan elokla pulak demam + selsema=nak pandai meniarap rupanya...clever girl,3bulan setengah dah pandai meniarap..

damia sejam selepas dilahirkan...berat 2.56kg,panjang 47cm secara normal di hospital taiping.

cerita di sebalik kelahiran damia,mama turun tanda "kembar darah " petang jumaat,selepas je solat jumaat,ayah hantar ke hospital parit buntar untuk cek bukaan n warded la apa lg...mlm tu dlm pkl 12 tgh malam sebelum tido,mama baca yasin,minum air selusuh n sapu ke perut supaya cepat bersalin...tepat pukul 4 pagi mama dan kawan-kawan yg ada kat dlm wad semua terjaga dari tido sbb dgr dari bilik bersalin ada ibu yg menjerit sakit nk bersalin,,lansung xjadi tido...tiba-tiba rasa contraction selang20 mnt dan cek bukaan baru 1cm..masa ni dok asyik rasa nk kencing je,asyik berulang2 ke bilik air...dlm pkl 6 pg contraction makin kerap,asyik rasa nk buang air besar je..mama gi bilik air mandi sbb ada baca kat blog mandi boleh percepatkan proses bersalin...sakit contraction makin kerap tp bertahan xmau gi cek bukaan sbb rasa xselesa, sampai la kwn katil sebelah tegur suruh pegi jgk takut baby dh nk keluar sbb sakit memulas-mulas sgt tu tanda baby dah nak turun...huhu...3cm sudah dan sampai waktu melawat ayah datang nk hantar makanan mama dah xtahan nak bersalin sbb dah 30mnt dlm labour room belum boleh bersalin...oleh sebab hosp PB xada pakar,mama dihantar ke hospital taiping menaiki ambulan...huhuhu..damia memang nak keluar kat taiping kan?15minit je terus beranak...alhamdulillah...comelnya anak mama,mama tegur masa dia menangis sbb kakak misi nak bersihkan dia terus senyap..sayang dah kenal suara mama ye walaupun baru setengah jam keluar dari rahim mama...damia kena tahan wad baby sehari disebabkan jantung kencang (terkejut kot naik ambulan mcm naik bot laju) hhehehe...tp nasib baik sepanjang pantang jaundis tiada.....(bawah 6)..terima kasih buat suami tercinta aka ayah damia sebab bercuti selama sebulan untuk menjaga mama dan damia...we love u ayah...ayahla siapkan damia,mandikan damia,semualah ayah buat termasukla masak untuk mama....:)

damia di usia dua minggu


damia sebulan


damia 2 bulan (waktu raya haji)



damia 3 bulan

damia 4 bulan

damia ni suka tgk org ramai-ramai n nk berkawan...bila dgn mama je bykla karenah dia..ada tokwan,acik n acu datang elok je dia...sanggup tahan tido nak tgk org , nak org main-main dan sembang dengan dia....benda paling dia suka nyanyikan lagu barney ke,abc ke,sambil senyum2 n gelak2 dia...yang bagusnya malam dlm pukul 10-11mlm akan tido then bangun untuk menyusu dalam pkl 2pg dan 6pg..lepas tu pkl 8-.30 akan bangun sebab nak mandi...sangatla suka mandi...

okeyla...nanti sambung cerita lagi...